malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
KDNK mampu melonjak sehingga AS$211b kerana TPPA
Diterbitkan:  Aug 17, 2016 4:41 PM
Dikemaskini: 8:45 AM
ADS

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur meningkat sehingga US$211 bilion bagi tempoh antara 2018 dan 2027 hasil pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Ketua Pembangunan Kewangan Malaysian International Development Finance Bhd (MIDF), Azizi Mustafa berkata biarpun terdapat bantahan awal terhadap TPPA, namun lebih 90 peratus hasil ekonomi disumbang pendekatan bukan tarif yang lebih rendah.

"Sektor yang menyumbang lebih 20 peratus daripada KDNK Malaysia pada 2014 diunjur mencatat pertumbuhan lebih tinggi, terutamanya melibatkan subsektor pembuatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada program 'TPPA & ASEAN Economic Community Talk' (TPPA & Komuniti Ekonomi ASEAN) oleh Ketua Pakar Ekonomi MIDF, Dr Kamarudin Mohd Nor.

Azizi berkata TPPA akan turut membuka lebih banyak pasaran serta peluang tambahan bagi perkembangan perniagaan kecil tempatan manakala Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pula memberi akses lebih baik kepada pasaran antarabangsa.

ADS

"Hakikat (kelebihan) ASEAN yang mempunyai kira-kira 600 juta penduduk serta ekonomi ketujuh terbesar dunia, hanya menjadikan Malaysia dan ASEAN sebagai destinasi menarik bagi tujuan perniagaan serta pelaburan," katanya.

Sementara itu, Kamaruddin dalam pembentangannya berkata TPPA akan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan dengan nilai tambah tinggi serta destinasi pelaburan yang berkualiti.

Ia juga, katanya, akan membolehkan perdagangan bebas cukai dengan rakan Perjanjian Perdagangan Bebas lain seperti Kanada, Mexico, Peru dan Amerika Syarikat.

ADS

Jelasnya, kejayaan muktamad pelaksanaan TPPA itu adalah dalam bentuk pasaran bebas cukai yang luas membabitkan 800 juta penduduk dengan gabungan KDNK sebanyak US$27.5 trilion dan pada masa sama menyediakan akses pasaran besar-besaran untuk produk dan perkhidmatan Malaysia.

"Pengaliran masuk pelaburan asing akan menjadi pemangkin bagi memacu agenda transformasi ekonomi Malaysia.

"Malah, sebagai negara anggota TPPA, Malaysia akan dapat meningkatkan penyertaannya dalam rantaian bekalan dan nilai serantau.

Perjanjian itu juga berperanan menyediakan akses untuk kemasukan perkhidmatan dan produk negara ke pasaran lebih besar," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen