malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
TKM berang Petronas mahu hantar lebih ramai pekerja ke S'wak
Diterbitkan:  Aug 17, 2016 12:13 PM
Dikemaskini: 4:16 AM
ADS

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing berang bahawa syarikat minyak dan gas negara, Petronas bercadang menghantar 90 pekerja lain dari semenanjung untuk operasi di Sarawak sedangkan kakitangan tempatan diberhentikan.

Kerajaan negeri sebelum ini menghentikan pengeluaran permit kerja baru kepada pekerja Petronas dari semenanjung berikutan aduan bahawa pekerja tempatan tidak diutamakan.

Sarawak mempunyai autonomi ke atas imigresen dan rakyat Malaysia yang bukan dari Sarawak perlu mendapatkan permit kerja, seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

"Mengapa Petronas perlu 90 permit kerja baru sedangkan rakyat tempatan Sarawak di Petronas dihentikan kerja?

"Adakah Petronas menstruktur semula syarikat itu dengan mengurangkan pekerjanya akibat kelembapan ekonomi?

“Atau adakah mereka cuba menggantikan pekerja Sarawak dengan semenanjung?” katanya yang dipetik akhbar Borneo Post.

Petronas sebelum ini dilaporkan memansuhkan 29 jawatan tetap, menyebabkan 13 kakitangan dari Sarawak dihentikan dalam penstrukturan semula syarikat itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen