malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Pembantu rumah Islam untuk majikan Islam’ hanya panduan umum
Diterbitkan:  Aug 16, 2016 10:09 AM
Dikemaskini: 2:11 AM
ADS

Ketetapan supaya keluarga yang beragama Islam hanya menggaji pembantu rumah yang menganut agama yang menerima pelbagai kritikan umum cuma panduan umum, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafar Ali.

Menerusi satu kenyataan media, petang semalam, katanya, panduan umum itu juga memberikan “banyak pengecualian dan pertimbangan”.

“Pekeliling itu bukan peraturan ketat. Saya juga mahu beri jaminan kepada semua majikan yang beragama Islam bahawa permintaan mereka, permohonan dan rayuan akan diberi pertimbangan sewajarnya.

“Permintaan semua pihak akan dilayan secara saksama,” katanya yang dipetik oleh portal berita Free Malaysia Today.

Beliau memberi jaminan kepada semua majikan Islam bahawa permintaan, permohonan atau rayuan mereka akan diberi pertimbangan sewajarnya.

Mustafar, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pencegahan), menafikan beliau mengeluarkan garis panduan itu.

Katanya, pekeliling umum mengenai perkara itu wujud sebelum beliau mengambil alih jawatan pada 1 Ogos lalu.

Semalam, sebuah agensi pembantu rumah tempatan yang tidak dinamakan dilaporkan terkejut dengan arahan baru Jabatan Imigresen bahawa keluarga Islam tidak lagi boleh menggajikan pembantu rumah bukan Islam.

Menurut Mustafar, pihaknya akan terus membantu majikan dan pekerja seperti sebelum ini.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen