malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
BERSIH: Kecam Idris kerana bersubahat dengan SPR
Diterbitkan:  Aug 14, 2016 3:04 PM
Dikemaskini: 7:08 AM
ADS

Kumpulan pendesak reformasi pilihan raya (BERSIH) menggesa Dewan Undangan Negeri Melaka untuk mengecam Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron kerana mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri tersebut.

"BERSIH juga menyeru wakil-wakil rakyat Melaka untuk membuat usul mencela ketua menteri kerana bersubahat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Semua wakil rakyat BN dan pimpinan parti-parti komponen harus mempunyai tanggungjawab moral bersama untuk mengutuk cadangan yang anti-perlembagaan itu," jelasnya.

Hari ini, Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta SPR memberi penjelasan mengenai persempadan semula di kawasannya yang boleh menyebabkan kekalahan beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan cadangan Idris bagi menambah dua kerusi DUN di kawasan parlimen tersebut.

"Sewaktu ratusan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanan dalam siri perhimpunan BERSIH, Umno mendakwa mereka tidak pernah memperalatkan jentera demokrasi termasuk SPR.

"Namun kini, setelah tembelang terbongkar satu persatu, tanpa malu Idris menunjukkan belang sebenar beliau dan pimpinan Umno.

"Saya ingin mencabar Pengerusi SPR untuk menyatakan pendirian mengenai pengumuman ini," kata Shamsul dalam kenyataan.

Semalam, Idris ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Tangga Batu mencadangkan dua kerusi DUN tambahan untuk kerusi parlimen Bukit Katil.

Ini katanya, akan membantu kemenangan BN dengan meningkatkan populasi pengundi Melayu daripada 53 peratus kepada 67.5 peratus.

Beliau juga mencadangkan perubahan yang sama untuk kerusi parlimen Kota Melaka.

Mengulas lanjut, sambil mengutuk cadangan Idris itu, BERSIH berkata, ketua menteri itu telah bersubahat dengan SPR dalam melanggar perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen