malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Mufti: Bukan haram, perlu jauhkan jika bawa mudarat
Diterbitkan:  Aug 8, 2016 11:37 AM
Dikemaskini: 3:58 AM
ADS

Pejabat mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa beliau tidak mengggunakan istilah haram terhadap permainan telefon mudah alih popular Pokemon Go tetapi sekadar berkata berkata ia perlu dijauhkan jika membawa kepada mudarat.

“Mufti sama sekali tidak menggunakan istilah haram. Apa yang jelas, beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan kecenderungan beliau ke arah pengharamannya iaitu perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

“Jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita.

“Tujuan mufti memilih untuk menggunakan ayat perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat adalah bagi menggambarkan bahawa beliau amat tidak gemar permainan Pokemon Go ini dimainkan atas beberapa hujah,” kata kenyataan yang disiarkan di laman rasmi Facebooknya.

Fatwa oleh mufti Datuk Zulkfili Mohamad al-Bakri yang diterbitkan Jumaat lalu menyatakan bahawa permainan 'Pokemon Go' dan 'Pokemon' "harus dielakkan... jika ia membawa kepada mudarat".

ADS

Antara contoh bahaya yang disenaraikan termasuk pencerobohan ruang peribadi, kemalangan, kelalian, ketagihan melampau terhadap gajet, hilang fokus kepada realiti dan gangguan emosi akibat kekalahan.

“Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat,” petik fatwa itu.

Ia dikeluarkan minggu lalu, sehari selepas Iran menjadi negara pertama mengharamkan permainan itu atas alasan bimbang terhadap keselamatan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen