malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Perlu sedia hadapi tiga penjuru, kata Chow
ADS

Pakatan Harapan harus menerima cabaran pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pilihan raya umum ke-14 adalah ujian sebenar sama ada DAP boleh bertahan daripada serangan pelbagai sudut.

Chow berkata keadaan pada masa lalu bagi DAP adalah berbeza kerana parti itu tidak mengetuai kerajaan negeri dan menjalinkan hubungan dengan PAS.

Hari ini, DAP tidak mempunyai pilihan tetapi perlu berdepan realiti kerana pertembungan pelbagai penjuru dalam PRU14 tidak dapat dielakkan, kata Chow.

Chow merupakan orang kanan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan disebut-sebut untuk menjadi pengganti kepada ketua menteri Pulau Pinang itu.

Bagaimanapun, Chow nampaknya tidak terganggu dengan kebimbangan yang boleh memberi kesan negatif kepada Pakatan Harapan, walaupun sekutu DAP- PKR dan Parti Amanah Negara memiliki kebimbangan untuk menang di kerusi majoriti campuran dan Melayu.

"Kadang-kadang kami menang kerusi itu, kadang-kadang kita kalah, tetapi pihak ketiga juga terkorban dalam proses itu," kata Chow, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabatnya di tingkat 52 Komtar Pulau Pinang.

"Perlu ada pilihan raya untuk menguji kekuatan pelbagai pihak. Dengan ada sekutu baru atau tiada sekutu, setiap pencapaian parti dalam pilihan raya umum akan menjadi ujian," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen