malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kon Yeow - dari bayangan Guan Eng kepada bakal KM
ADS

Tiga puluh tahun lalu, Chow Kon Yeow yang berperwatakan lemah-lembut tidak dapat menolak untuk menjadi setiausaha politik Lim Kit Siang ketika pemimpin supremo DAP itu memenangi kerusi parlimen Tanjung di Pulau Pinang.

Bermula dari itulah, Kon Yeow melalui liku-liku dalam jejak perjalanan politiknya tanpa beliau mengetahui bahawa satu hari nanti beliau berpotensi besar untuk terpilih secara semulajadi untuk menjadi menjadi ketua menteri Pulau Pinang menggantikan Lim Guan Eng.

Hari itu akhirnya muncul pada 30 Jun yang lalu buat Kon Yeow yang berusia 58 tahun apabila Guan Eng mendepani dua pertuduhan rasuah berkaitan pembelian banglo berharga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn yang didakwa dibeli di bawah nilai pasaran.

Penentang Guan Eng mendesak beliau menunjukkan sikap budimannya dengan meletak jawatan sementara menunggu proses perbicaraannya selesai, sebaliknya DAP tampil dengan cadangan mengadakan pilihan raya mengejut.

Cadangan tersebut, bagaimanapun, dibatalkan setelah sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR enggan bersetuju dengan idea tersebut ekoran kebimbangan kehilangan banyak kerusi jika cadangan tersebut diteruskan.

Di tengah-tengah kemelut tersebut, DAP terpaksa menamakan calon pengganti untuk jawatan nombor satu itu jika Guan Eng 'ditakdirkan' untuk melepaskan jawatan berkenaan.

Justeru, adalah wajar Kon Yeow yang menjawat kerusi Pengerusi DAP Pulau Pinang sejak 2000 mendapati dirinya berada dalam kedudukan untuk bersedia menyahut cabaran jika Guan Eng didapati bersalah dan dipenjarakan.

"Seseorang harus bersedia mengambil alih dan berdepan cabaran sama ada memenangi pilihan raya akan datang tanpa Guan Eng atau jika ia berlaku kemudian, terus memerintah negeri ini," kata Kon Yeow dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini.

"Ini adalah cabaran besar untuk penggantinya. Jika bukan saya, pengganti lain juga akan berdepan tugas yang sama," ujar beliau di pejabat tingkat 52 Komtar di George Town selepas waktu bekerja.

Bukan asing kepada tanggungjawab

Spektrum cabaran yang meluas - hubungan tidak erat antara negeri dengan persekutuan, masa depan Pakatan Harapan meneruskan dasar CAT (kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan) menanti pengganti Guan Eng, katanya.

Walaupun tugas-tugas yang bakal mendepani beliau kelihatan mencabar, namun Kon Yeow yang tenang dan tabah tidak bimbang kerana terbiasa dengan tanggungjawab yang berat dan penting.

Pada masa ini, beliau mengendalikan portfolio yang rumit selaku exco kerajaan negeri yang menjaga kerajaan tempatan, pengurusan trafik dan jawatankuasa tebatan banjir.

"Semua ini adalah pengalaman yang baik dan berguna jika terjadi kemungkinan menggantikan Guan Eng pada masa akan datang," kata bekas graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang sosiologi dan politik.

"Saya seperti masih belajar dengan diberi banyak peluang untuk belajar daripada beliau (Guan Eng)," kata Chow.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen