malaysiakini logo
story-image
ADS

Pembangkang berisiko hilang kerusi jika pilihan raya mengejut diadakan di Pulau Pinang, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

“Kita semua berdepan risiko itu.

“Dengan kemungkinan tiga penjuru, secara teorinya, tiada siapa yang akan menang kecuali Umno,” kata Nurul Izzah ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PKR menarik balik persetujuan untuk mengadakan pilihan raya tergempar kerana takut hilang kerusi.

PKR pada Selasa berkata masih tidak yakin pada keperluan pilihan raya mengeut di Pulau Pinang, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) pula bersetuju dengan rancangan DAP itu.

Situasi itu mungkin berlaku jika Pakatan Harapan dan PAS gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi pilihan raya.

Dua pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan persaingan tiga penjuru lebih menguntungkan BN, berbanding pembangkang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen