malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri nafi laporan projek kereta api S'wak Report
Diterbitkan:  Jul 27, 2016 11:45 AM
Dikemaskini: 7:30 AM
ADS

Putrajaya menafikan dakwaan laporan Sarawak Report bahawa kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) daripada RM30 bilion akan melambung kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB hutang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof juga menafikan bahawa kos projek berkenaan telah dibincangkan oleh kabinet.

"Saya tidak peduli (laporan) Sarawak Report. Ia tak pernah dibincangkan oleh kabinet, "katanya kepada Malay Mail Online.

Sarawak Report juga menerbitkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada pemberi maklumat.

Laman web itu mendakwa projek ECRL akan dianugerahkan kepada China Communications Construction Company tetapi bernilai RM30 bilion lebih tinggi dariapada anggaran kos awal.

Selain itu, laman web berkenaan juga mendakwa urusan tersebut juga membabitkan pembayaran hutang yang ditanggung oleh syarikat-syarikat berkaitan dengan ahli perniagaan Jho Low.

ERCL akan menghubungkan Kuala Lumpur ke Mentakab dan Kuantan (Pahang), Kuala Terengganu (Terengganu), Kota Baru dan Tumpat (Kelantan).

Dilaporkan pada 29 April 2014, beberapa syarikat menyatakan minat dengan projek RM30 bilion ECRL yang dicadangkan dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Menurut laporan, antara syarikat yang akan membida projek itu adalah YTL Corp Bhd, MMC Corp Bhd, Gamuda Bhd, Malaysian Resources Corp Bhd, UEM Group Bhd dan WCT Holdings Bhd.

Kerajaan sering kali menuduh editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London adalah sebahagian daripada kempen untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiong Lai belum ada maklumat

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula ketika berdepan soalan sama di sebuah hotel di Putrajaya hari ini enggan mengulasnya buat masa ini.

“Tidak ada, saya tidak ada maklumat terperinci bersama saya, maaf,” katanya.

[Baca berita penuh]


Laporan tambahan Anne Muhammad.

Lihat Komen