malaysiakini logo
story-image
ADS

PAS bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan sekiranya diadakan Pilihan Raya Negeri mengejut di Pulau Pinang.

"Ya sudah semestinya (menentang Pakatan Harapan). Kita tidak mempunyai pakatan dengan yang lain kecuali PKR," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka PERKASA di ibu negara, semalam.

Ditanya sama ada PAS bersedia untuk melawan PKR sekiranya pilihan raya megeri mengejut diadakan, anggota parlimen Kota Bharu itu hanya berkata:

"Belum putus lagi," katanya.

Sebelum ini DAP bermesyuarat untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Pilihanraya negeri itu dilihat sebagai satu percubaan untuk mewujudkan semula kedudukan Ketua Menterinya Lim Guan Eng ekoran tuduhan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun, pada sidang media minggu lalu, Lim memberitahu tiada pilihan raya mengejut akan diadakan setakat ini tetapi perbincangan mengenainya tetap diteruskan bersama komponen Pakatan Harapan yang lain.

Gabungan diketuai DAP telah berkuasa di Pulau Pinang sejak 2008 dengan Lim sebagai ketua menterinya. Berikutan pilihan raya negeri 2013, DAP memiliki 19 kerusi, PKR 10 kerusi dan PAS 1 kerusi. BN pula mempunyai 10 kerusi.

Lihat Komen