Pengiklanan

    MCA gembleng komponen BN lain lawan hudud Hadi

    (Dikemaskini )
    Berita

    Sokongan Putrajaya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Parlimen telah menghangatkan suhu politik negara.

    PAS mengatakan parti Islam itu berjaya membentangkan RUU itu atas kerjasama Umno, namun, apa yang mengejutkan ialah parti-parti komponen BN tidak dimaklumkan hal berkenaan.

    Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kecewa dengan hal tersebut melibas Umno dalam laporan di akhbar Cina dan hari ini bergandingan dengan beberapa parti lain dari BN untuk tujuan yang sama.

    Liow mengadakan sidang akhbar di Putrajaya, hari ini untuk menyuarakan tentangan terhadap RUU hudud, bersama-sama pemimpin dari MIC, Gerakan dan SUPP.

    Walaupun hanya empat parti BN yang hadir pada hari ini ekoran ketergesaan dalam memanggil sidang akhbar tersebut, namun, usaha-usaha untuk mengembleng tenaga di kalangan parti-parti lain dalam BN bagi menentang hudud telah berjalan.

    "Ini bukan hanya MCA, kami berpakat dengan komponen parti lain untuk menyatakan pendirian (menentang hudud)," katanya.

    Kenyataan akhbar bersama ditanda tangani oleh Liow bersama-sama Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong selain Timbalan Presiden SUPP, Datuk Seri Richard Riot yang diterbitkan hari ini adalah seperti berikut :

    Pengenalan

    Kami melahirkan rasa kecewa apabila RUU Persendirian hudud yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk pembentangan untuk tujuan perdebatan melebihi hal-hal kerajaan.

    Kami juga sedih kerana ia tidak pernah dibincangkan di kalangan kabinet atau majlis tertinggi BN.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih