malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib dakwa tak tandatangani pemindahan AS$3.5b untuk Aabar BVI
Diterbitkan:  May 24, 2016 11:13 AM
Dikemaskini: 3:16 AM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayangkan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemindahan AS$3.5 bilion daripada 1MDB kepada entiti di British Virgin Island yang dipercayai adalah anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi.

Ini kerana, katanya, tandatangan beliau sebagai perdana menteri di bawah Artikel 117 Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB tidak diperlukan dalam transaksi tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 1MDB telah membuat beberapa pembayaran berjumlah AS$3.5 bilion kepada Aabar Investments PJS Limited.

"Semua pembayaran tersebut telah dibuat berdasarkan beberapa perjanjian yang dimeterai dan segala tindakan pengurusan dalam konteks tersebut adalah mengikut kelulusan atau arahanlembaga pengarah...," katanya.

"Bagi tujuan transaksi tersebut, tiada keperluan untuk mendapat kelulusan bertulis daripada perdana menteri di bawah Artikel 117 M & A," kata Najib dalam jawapan bertulis di parlimen kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).

M&A itu memberi Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, budi bicara bagi perkara-perkara tertentu berkaitan dana kekayaan berdaulat milik negara itu.

Pua menyoal sama ada perdana menteri memberi kelulusan bertulis kepada 1MDB, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk membuat bayaran wang itu kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI).

Aabar Investment PJS adalah anak syarikat IPIC manakala Aabar Investment PJS Limited, sebuah entiti luar pesisir yang berdaftar di BVI, adalah sebuah syarikat yang tidak sama sekali mempunyai kaitan dengan firma dana kekayaan milik Abu Dhabi.

Wang AS$3.5 bilion telah disalurkan ke syarikat yang salah itu dan sehingga kini belum ada sesiapa yang mampu menjelaskan kedudukan wang berkenaan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen