malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tiada unsur jenayah dalam kes Teoh Beng Hock, kata Nancy
Diterbitkan:  May 19, 2016 11:55 AM
Dikemaskini: 4:04 AM
ADS

Pejabat Peguam Negara mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian Teoh Beng Hock pada bulan Julai 2009 selepas menyemak laporan yang dikemukakan oleh pasukan tugas khas polis.

Ini didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam jawapan bertulis parlimen, semalam.

"Setelah meneliti dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Pasukan Siasatan Khas terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock mendapati tiada kesalahan jenayah oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Nancy.

Beliau merujuk kepada penyiasatan baru yang dijalankan pihak polis ekoran perubahan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

Ahli parlimen Kulai dari DAP, Teo Nie Ching bertanya mengenai keputusan siasatan baru yang dijalankan pasukan khas polis.

Pada bulan September 2014, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Teoh yang membawa kepada penubuhan pasukan penyiasatan khas polis bagi membuka semula siasatan terhadap kes tersebut.

Pada tahun lalu, kerajaan memutuskan untuk membayar ganti rugi RM600,000 atas kecuaian dan RM60,000 kos kepada keluarga Teoh sebagai penyelesaian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas enam tahun kematian mendiang.

SPRM membuat tawaran itu selepas Mahkamah Rayuan memutuskan suruhanjaya itu bertanggungjawab atas kematian Teoh.

Pada 2009, Beng Hock, pembantu kepada exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas terjatuh daripada tingkat sembilan pejabat SPRM Selangor.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen