malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
G25 ingatkan polis jangan kawal moral, perangi jenayah
Diterbitkan:  May 2, 2016 7:28 PM
Dikemaskini: 11:38 AM
ADS

Kumpulan G25 menimbulkan kebimbangan mengenai polis tambahan yang disediakan bagi membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"G25 dan NGO Islam yang lain telah berulang kali menyuarakan kebimbangan kami mengenai jenayah dosa peribadi dan kepolisan moral.

"Selain itu, kita bimbang sumber polis yang terhad dipesongkan daripada memerangi kegiatan jenayah sebenar di jalanan dan kediaman di Malaysia yang menjejaskan keselamatan awam," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha mengumumkan dua pegawai dan seorang sarjan polis akan ditempatkan di JAIS untuk membantu jabatan itu dalam penguatkuasaan undang-undang syariah.

Beliau juga berkata ini adalah satu percubaan dan niat untuk melanjutkan perkara itu di jabatan agama Islam di negeri-negeri lain.

G25 menegaskan bahawa orang ramai mahukan polis menggunakan semua sumber yang ada untuk melaksanakan fungsi-fungsi teras mereka.

Di bawah Akta Polis 1967, mereka berkata fungsi polis termasuk memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah serta tugas risikan keselamatan.

"Kepolisan moral tidak dimasukkan dalam senarai tugas polis di bawah Akta Polis," Kumpulan itu berkata.

"Ia adalah lebih penting untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia daripada mengganggu individu untuk dosa-dosa peribadi.

"Kepolisan moral tidak meningkatkan kualiti hidup di bandar-bandar Malaysia. Mengurangkan kadar jenayah, ya," kata mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen