malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Coretan luahan Nurul Izzah buat Adenan Satem
Diterbitkan:  May 2, 2016 2:31 PM
Dikemaskini: 6:40 AM
ADS

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang disuruh pulang sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Miri hari ini menulis sepucuk surat terbuka yang meluahkan serta menzahirkan peranan pembangkang dalam dewan undangan negeri Sarawak.

Antara lain, surat itu mengesahkan betapa peranan pembangkang dalam menekan kerajaan negeri Sarawak terutama dalam isu autonomi dan tanah adat berjaya mendapat perhatian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Pada masa yang sama, Nurul Izzah turut mengajak Adenan agar bersainglah secara sihat dan membuktikan dirinya berbeza dari pimpinan utama Barisan Nasional (BN) yang lain.

Berikut adalah kandungan surat berkenaan :

Surat Terbuka Untuk Tok Nan oleh Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Naib Presiden dan Pengarah Pilihanraya KEADILAN

02 Mei 2016

Terima kasih atas budi bicara Tok Nan yang dengan kuasa seorang Ketua Menteri yang berlapang dada memberi laluan saya masuk selepas DUN dibubarkan jika saya menulis meminta kebenaran dengan baik.

Justeru saya telah menulis surat untuk membenarkan saya selaku Ahli Parlimen, Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya Parti KEADILAN dibenarkan masuk berkempen secara sah seperti yang tertakluk di dalam Akta Pilihan Raya.

Sebagai Ahli Dewan Rakyat selama dua Penggal, saya menjunjung tinggi perlembagaan dan menghormati autonomi yang diperolehi oleh rakyat Sarawak.

Jika tawaran janji Tok Nan benar, maka saya harus dibenarkan masuk tetapi ternyata usaha saya untuk bersama rakyat Sarawak telah dinafikan.

Saya diminta pulang ke Kuala Lumpur hari ini.

Pasti ini adalah bukti bahawa peranan kami sebagai pembangkang bersama rakan-rakan di Sarawak amat berjaya dalam memberikan tekanan di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat sehingga memaksa Tok Nan dan BN membawa banyak perubahan serta membuat banyak janji-janji terutamanya tentang isu autonomi dan tanah adat rakyat Sarawak.

Tindakan dan tawaran Tok Nan dan Team Najib BN nampaknya selari dengan manifesto yang dibawa oleh pihak pembangkang. KEADILAN perjuangkan tolak GST, pertahan autonomi dan pemeliharaan tanah adat.

Hampir 200 kes tanah adat diperjuangkan oleh peguam-peguam KEADILAN yang juga calon pada PRN 11 ini. YB Baru Bian, YB See Chee How, Saudari Jamilah Baharuddin, Saudara Abun Sui, Saudari Athina Sim dan ramai lagi.

Bayangkan jika kami tetap menambah kerusi dan mengurangkan majoriti calon-calon BN, walaupun dalam keadaan dilarang masuk akan menguntungkan bukan mengurangkan suara rakyat Sarawak dalam Dewan nanti.

Jadi Tok Nan yang mengaku lain dari Taib Mahmud dan lain dari Najib, buatlah cara lain dari mereka. Ajulah kita bersaing dengan sihat dan embak Sarawak tok ke mercu kejayaan yang sebenar.

Benarkan rakyat Sarawak memilih,

Benarkan kami masuk berkempen.

Salam kasih perjuangan untuk teman-teman di lapangan!

Ngap sayot

Encang KEADILAN Encang!

#DemiRakyat #DemiSarawak


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen