Pengiklanan

    Kemelut 1MDB adalah salah pembangkang - calon BN

    (Dikemaskini )

    Calon terus BN mempunyai versi sendiri apabila membicarakan skandal 1MDB yang dikatakan mencalar imej kerajaan dengan mempersalahkan pembangkang.

    Calon Dudong, Datuk Tiong Thai King berkata kemelut 1MDB berlaku kerana pembangkang gagal dalam tugasnya memantau kerajaan.

    Dalam temu-bual dengan akhbar berbahasa Cina, China Press Tiong berkata pembangkang mengabaikan tugas mereka dan menjadi tidak relevan kerana ia tidak dapat berpernan dengan berkesan.

    "Mereka (pembangkang) gagal memantau kerajaan dan menghalang semua perkara ini daripada berlaku.

    "Jika mereka telah gagal dalam tugas, mengapa kita perlu terus mengundi mereka?" soalnya.

    Oleh itu, beliau menggesa pengundi untuk menyokong BN Sarawak supaya ia mendapat mandat lebih besar untuk membangunkan negara.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih