malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
91 termasuk ketua hakim dapat kenaikan gaji besar
Diterbitkan:  Apr 21, 2016 6:55 PM
Dikemaskini: 11:20 AM
ADS

Hakim-hakim kanan, kecuali mereka yang menduduki mahkamah sesyen, menerima kenaikan gaji termasuk ketua hakim, hakim besar Malaya serta hakim besar Sabah dan Sarawak.

Kenaikan tersebut, yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menyelia portfolio kewangan pada 11 Mac yang lalu, adalah dikebelakangkan kepada 1 Julai 2015, demikian menurut warta kerajaan.

Ini bermakna hakim-hakim yang bersara selepas 1 Julai juga berhak untuk menerima tersebut. Antara mereka ialah Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, yang pernah menjawat kerusi hakim mahkamah persekutuan.

Apandi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 27 Julai 2015. Khidmat Abdul Gani kononnya ditamatkan atas alasan kesihatan.

Walau bagaimanapun, wujudnya dakwaan bahawa beliau digugurkan ekoran cuba untuk menjejaskan siasatan dalam skandal berkembar 1MDB dan RM2.6 bilion, terutama sejak gerakan itu dilakukan sejurus selepas terbitnya laporan menggemparkan oleh The Wall Street Journal yang memberi butiran jejak aliran tunai ke akaun bank peribadi Najib.

Putrajaya telah berulang-kali menafikan tuduhan tersebut manakala Apandi pula kemudiannya berkata Najib tidak melakukan sebarang salah laku.

Sebagai tambahan kepada gaji pokok mereka, hakim-hakim kanan turut menerima imbuhan lain, termasuk elaun keraian, elaun kos sara hidup, kediaman lengkap sepenuhnya dan kenderaan rasmi yang siap dengan pemandu.

Adalah tidak jelas mengenai bila kenaikan gaji terakhir melibatkan hakim-hakim kanan, yang menjadikan ia sukar untuk mengira kuantum kenaikan semasa.

Walau bagaimanapun, berdasarkan carian online ke atas Akta Saraan Hakim bermula 1 Januari 2004, terbaru dan kadar 2004 adalah seperti berikut.

Terdapat 10 hakim mahkamah persekutuan, 29 hakim mahkamah rayuan, 52 hakim mahkamah tinggi dan 35 pesuruhjaya kehakiman.

Sejak zaman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pihak kehakinan sering dituduh sebagai tunduk kepada golongan eksekutif.

Pada tahun 1988, krisis kehakiman melanda negara dan Mahathir dikatakan terlibat dalam pengguguran ketua hakim negara ketika itu, Tun Salleh Abbas.

Insiden tersebut dikatakan menjadi pemangkin kepada penurunan sistem kehakiman negara.

Dakwaan dan tuduhan kehakinan menjadi berat sebelah terus kedengaran, dan Mahathir sendiri kini berada di sisi yang bertentangan, dengan memfailkan tuntutan mahkamah yang tergesa-gesa menentang Najib.

Dalam kenyataan salah satu tuntutan mahkamahnya, yang menuduh Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam, bekas perdana menteri itu menuduh institusi utama telah diperlekehkan di bawah pentadbiran semasa.

Lihat Komen