malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PKR mahu Pulau Pinang iktiraf kejayaan anak Melayu
Diterbitkan:  Apr 18, 2016 11:31 AM
Dikemaskini: 3:36 AM
ADS

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mahu kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP mengiktiraf kejayaan dua anak muda Melayu yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Mereka ialah Salman Ali dan Muhammad Heidy Muhammad Yusof yang kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang.

"Pengiktirafan kejayaan membanggakan ini penting bagi memberi dorongan kepada anak muda yang lain untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang mereka harapkan," jelasnya dalam kenyataan.

Pada 13 April yang lalu, Salman telah mengharumkan nama negara dengan pasukan debat yang dipimpinannya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Debat Antarabangsa Qatar.

Hari ini pula, pasukan Dodgeball Malaysia yang baru pertama kali menyertai kejohanan peringkat dunia di Manchester telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan antarabangsa tersebut.

Pasukan itu berjaya mara hingga ke peringkat akhir dengan menewaskan pasukan yang jauh lebih berpengalaman dan fizikal yang jauh lebih besar atas pimpinan mereka, Muhammad Heidy.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Lim Guan Eng banyak memberi pengiktirafan kepada banyak bakat dari pelbagai bidang antaranya ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Lihat Komen