malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Beri Zahid peluang ganti Najib, kata bekas menteri
Diterbitkan:  Apr 12, 2016 5:32 PM
Dikemaskini: 9:36 AM
ADS

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu semua pihak memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui negara.

Menulis di blog, katanya, rakyat telah sekian lama melalui kemelut skandal 1MDB dan bersetuju dengan perdana menteri bahawa semua pihak mesti bergerak ke hadapan tetapi bukannya bersama Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau (Zahid) perlu beritahu perdana menteri, dengan tegas, bahawa peralihan kuasa perlu mengambil tempat sebaik sahaja pilihan raya Sarawak selesai, dan tidak boleh menunggu sehari lebih lama.

“Beliau mesti meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, walaupun ini bermakna mengambil sebarang langkah akan meletakkan dirinya dalam risiko.

“Beliau perlu menjalankan pemberontakan ini,” kata Zaid yang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbabit secara aktif dalam gerakan Deklarasi Rakyat bagi ‘Selamatkan Malaysia’ dengan agenda utama menumbangkan Najib.

Beliau berkata Zahid mungkin tidak demokratik dan tidak kelihatan ‘bersih’ tetapi selagi rakyat berpegang kepada prinsip parlimen bahawa parti majoriti yang seharusnya memerintah, maka semua pihak perlu menerimanya sebagai perdana menteri yang baru.

“Pemimpin Umno yang terus berkata berikan Najib peluang sekali lagi perlu menyusun semula kata-kata mereka - beri Zahid peluang,” katanya.

Sambil mengakui beliau tidak mengenali timbalan perdana menteri secara rapat, namun Zaid berkata beliau pasti bahawa adalah sukar untuk Zahid daripada menjadi lebih teruk daripada perdana menteri hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen