malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Isteri TPM beramah mesra dengan anggota perwakilan Washington
ADS

Isteri timbalan perdana menteri Datin Seri Hamidah Khamis mengadakan pertemuan dengan anggota Persatuan Wanita Kementerian Luar Malaysia (Perwakilan) Washington DC di Washington, Khamis.

Hamidah, yang diiringi isteri Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat, Datin Latifah Yussof mengambil peluang beramah mesra dengan lebih 25 anggota Perwakilan pada majlis makan tengah hari.

Dalam ucapan ringkas pada majlis itu, beliau menasihati semua anggota Perwakilan agar menjaga nama baik negara.

Hamidah berada di ibu negara Amerika Syarikat ini bagi mengiringi suaminya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang dalam lawatan kerja seminggu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.

Sidang kemuncak dua hari itu bermula Khamis di Pusat Konvensyen Walter E. Washington.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen