malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lim nafi dakwaan menteri tanah Tmn Manggis sudah dijual
ADS

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa tanah kontroversi Taman Manggis cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta.

"Tanah itu masih dimiliki Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC)... jika mereka mahu menjual tanah itu mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri kerana ia adalah tanah kerajaan.

"Bagaimanapun syarikat ini tidak pernah membuat permintaan (untuk menjual tanah)," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Rahman mendakwa beliau memiliki dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) berkaitan tanah yang diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Beliau mendakwa dua dokumen itu menyatakan bagaimana tanah tersebut yang kini dimiliki sebuah syarikat swasta iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen