malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pua: Guan Eng tak perlu bercuti kecuali didakwa
ADS

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tidak ada keperluan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengambil cuti berikutan kontroversi pembelian banglonya kecuali beliau dibawa ke mahkamah.

"Tidak... (hanya) apabila dakwaan dikenakan, maka (orang yang didakwa) perlu mengambil cuti," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Jika tidak, Pua berkata sesiapa sahaja boleh memfailkan laporan terhadap sesiapa sahaja untuk memaksa mereka pergi bercuti.

"Mudah sahaja: kita cipta satu lagi laporan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, perlukah beliau mengambil cuti?

"Ini (kes Guan Eng) sudah dilaporkan kepada SPRM, tetapi SPRM tidak berkata (ada kes) prima facie, mereka hanya berkata telah menerima laporan itu dan sedang menelitinya.

"Apabila SPRM mengenakan tuduhan, maka orang itu harus pergi bercuti.

"Jika tidak, kita semua terdedah dengan segala macam tuduhan tanpa asas (dan kemudian) tiba-tiba kita terpaksa mengambil cuti," katanya.

Beliau diminta untuk mengulas berhubung desakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mahu Lim bercuti bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses siasatan pihak-pihak berwajib.

Beberapa laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menuduh Lim membeli banglo di bawah harga pasaran.

Pua juga berkata SPRM perlu cepat membuat keputusan sama ada pihaknya mempunyai kes untuk memfailkan tuduhan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen