malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
WSJ: Siasatan jika Goldman perdaya pemegang bon 1MDB
Diterbitkan:  Mar 22, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 5:16 AM
ADS

Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang menyiasat sekiranya Goldman Sachs Group Inc telah memperdayakan pemegang bon apabila ia menjual sekuriti terbitan 1MDB, menurut akhbar, The Wall Street Journal .

Memetik sumber yang biasa dengan urus niaga berkenaan, akhbar itu berkata: "Sebagai sebahagian siasatan oleh juri Amerika Syarikat, penyiasat cuba menentukan jika pekerja Goldman mempunyai sebab untuk percaya bahawa sesetengah hasil penjualan bon untuk mendapatkan dana 1MDB tidak digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan. "

Selain itu, ia berkata pihak berkuasa juga sedang mengkaji sama ada amalan pengambilan kakitangan Goldman di rantau ini melanggar undang-undang anti-rasuah Amerika.

Menurut WSJ , penyiasat juga telah sapina bekas pegawai bank kanan Goldman di Asia Tenggara, Tim Leissner.

Seorang lagi yang biasa dengan perkara itu memberitahu akhbar tersebut bahawa Leissner telah dimaklumkan bahawa beliau tidak menjadi subjek penyiasatan kerajaan Amerika Syarikat ketika ini.

Sumber yang sama juga mendedahkan juri agung itu dijadual bertemu lagi bulan depan.

Leisnner meninggalkan Goldman bulan lalu selepas beliau digantung kerana didakwa melanggar dasar syarikat kewangan itu.

"Goldman mendapat keuntungan lumayan daripada urusannya dengan 1MDB. Leissner membantu mendapatkan dana dari penubuhannya dan meletakkan asas bagi beberapa siri tugasan yang lumayan. Goldman menjadi penasihat bagi tiga pembelian dan mengaturkan penjualan tiga bon bernilai sejumlah AS$6.5 bilion yang membawa masuk AS$650 juta bagi firma itu.

"Urus niaga terbesar dan terakhir Goldman dengan 1MDBadalah pada awal tahun 2013 apabila ia menjual bon bernilai AS$3 bilion bagi membiayai projek hartanah pembangunan di Kuala Lumpur yang direka untuk merangsang pembangunan ekonomi," petik artikel itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen