malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis halang NGO bakar papan tanda 'Bebas Anwar'
ADS

Hasrat Presiden Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunus membakar papan tanda 'Bebas Anwar' di Sabak Bernam tidak tercapai apabila dihalang anggota polis.

Berikutan itu, Jamal berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwanya jelas menghasut rakyat untuk tidak mempercayai sistem kehakiman negara.

"Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan tahanan politik, dia dijatuhkan hukuman kerana meliwat pembantunya," katanya kepada pemberita di Simpang Tiga, Jalan Loji, Sungai Besar di Sabak Bernam hari ini.

Anwar yang juga bekas ketua pembangkang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya pada 2008.

Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata papan iklan berkenaan juga tidak mempunyai sebarang nombor kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sementara itu, mengulas isu bapa kandung kepada anak angkatnya yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, Jamal berkata pihaknya sedang menunggu dokumen dan maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin untuk mengetahui kedudukan terakhir nelayan itu sebelum ditahan pada 3 Mac lepas.

- Bernama

Lihat Komen