malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Poster 'Anwar peliwat' di papan tanda 'BebasAnwar'
Diterbitkan:  Mar 16, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: 10:13 AM
ADS

Ancaman untuk membakar papan tanda 'Bebas Rakyat, Bebas Anwar' oleh NGO mesra Umno di Ampang Selangor hari ini tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, kumpulan yang diketuai pemimpin Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos itu menggantungkan kain rentang yang memaparkan tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'seorang peliwat' di papan tanda berkenaan.

Malah, kain rentang sepanjang dua meter itu juga menerangkan maksud 'peliwat' dengan agak terpeinci.

"Anwar Ibrahim adalah pesalah Peliwat yang telah dijatuhkan hukuman.

"Maksud peliwat adalah: Anwar Ibrahim memasukkan batang zakarnya ke dalam lubang dubur lelaki secara paksa," tulis kain rentang tersebut.

Papan tanda itu terletak di persimpangan jalan berhampiran pusat beli-belah Ampang Point.

Jamal disokong sekumpulan kira-kira 80 orang kebanyakannya remaja dengan memakai baju-T merah dan membawa dua tangga.

Kumpulan itu tiba di persimpangan itu kira-kira jam 3.15 petang.

kekecohan kecil berlaku apabila pembantu Ahli Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip mengarahkan kumpulan itu untuk berhenti. Anggota polis di tempat kejadian bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.

Rozan, yang memakai T-shirt dengan tulisan 'Anwar Untuk Anugerah Nobel Keamanan' kemudian mendakwa beliau dipukul.

Terdahulu NGO #BebasAnwar dalam satu kenyataan memberi amaran akan melaporkan polis sekiranya kumpulan berkenaan membakar papan tanda itu.

Lihat Komen