malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Siasat Annuar Musa kerana beri maklumat palsu - Mat Zain
Diterbitkan:  Feb 18, 2016 11:20 AM
Dikemaskini: 3:26 AM
ADS

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berkata Tan Sri Annuar Musa boleh disiasat kerana memberi maklumat palsu di Facebook sehingga menyebabkan laporan polis difailkan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, katanya Annuar yang juga adalah ketua penerangan Umno boleh disiasat kerana fitnah jenayah.

Mat Zain berkata beliau telah membandingkan status blog Dr Mahathir pada 3 Februari dan status Facebook Annuar seperti yang dilaporkan oleh pelbagai media.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa antara fakta-fakta dalam blog Dr Mahathir itu adalah:

"Peguam Negara sekarang yang bantuan dan kerjasamanya dipohon oleh AG Switzerland dilantik oleh PM melalui perwakilan yang tidak sah yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini bermakna AG terhutang budi kepada PM kerana jawatannya. Bolehkah beliau dijangka untuk mendakwa seseorang yang dirinya terhutang budi itu?

"Mengetahui AG sebelum dirinya dipecat kerana cuba melakukan perkara yang sama, AG baru tidak mungkin akan mengenakan pertuduhan terhadap PM. Oleh itu, beliau menolak laporan siasatan oleh Bank Negara dan SPRM. Justeru, tidak mungkin beliau akan membekalkan AG Switzerland dengan apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan majikannya."

Mat Zain berkata: "Annuar telah memberikan maklumat palsu mengikut Seksyen182 Kanun Keseksaan, dengan niat untuk menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa yang sah untuk mencederakan orang lain.

"Annuar juga telah menghasut dan/atau membantu beberapa pengadu membuat laporan terhadap Mahathir bahawa maklumat (seperti yang diberikan oleh Annuar) akan menyebabkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memulakan siasatan terhadap bekas perdana menteri itu."

Annuar sebelum ini berkata tulisan Mahathir di blognya pada 3 Februari lalu adalah berunsur hasutan.

Annuar bagaimanapun tidak menjelaskan bahagian mana daripada tulisan bertajuk 'AG to AG' itu adalah hasutan.

Apandi pada awal tahun ini membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku dalam isu sumbangan RM2.6 bilion dan kes SRC International Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen