malaysiakini logo
story-image
ADS

Juara karate Komanwel, Nastenska Sureshar melepasi sasarannya untuk mengumpulkan RM6,350 bagi membiayai perbelanjaan hariannya melalui sumbangan rakyat Malaysia bagi mencapai impiannya.

Pada jam 5.20 petang hari Selasa, Nastenska, 21, telah mengumpulkan RM6,995.80 melalui Skolafund - sebuah laman web yang mengumpul dana untuk pendidikan.

Wanita MIC juga turut menawarkan kepadanya biasiswa RM1,000 sebulan dari bulan Mac hingga bulan Disember, katanya.

Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy, yang bertemu dengan Nastenska pada hari Selasa, juga berjanji mencari penaja bagi dua tahun akan datang untuk mmengikuti pengajian ijazah kejuruteraan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Ketika dihubungi Malaysiakini , dia melahirkan rasa amat gembira kerana semuanya berjalan lancar.

Nastenska, yang memenangi pingat emas di Kejohanan Karate Komanwel, memohon bantuan orang ramai untuk membiayai kos pengangkutan, makanan dan perbelanjaan harian yang lain untuk membolehkannya meneruskan pengajiannya bagi ijazah kejuruteraan dan karate di pentas global.

Dia beralih memohon bantuan orang ramai selepas gagal mendapat biasiswa melalui Kementerian Belia dan Sukan, di mana dia dinilai sebelum dia menang pingat emas untuk Malaysia.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini minggu lalu, anggota skuad kebangsaan dan skuad Negeri Sembilan itu berkata dia akan melangkau waktu makan atau makan mi segera supaya dia boleh menggunakan wang itu untuk tujuan latihan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen