malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kontraktor kurang pengalaman punca masalah pembinaan hospital
Diterbitkan:  Nov 23, 2015 7:58 PM
Dikemaskini: 12:02 PM
ADS

LAPORAN AUDIT l Tindakan Kementerian Kewangan yang melantik secara tergesa-gesa kontraktor yang kurang pengalaman memberi kesan kepada mutu dan kualiti pembinaan projek menaik taraf Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014, siri ketiga yang dikeluarkan hari ini, projek RM200.7 juta itu siap 90 hari selepas tarikh akhir 33 bulan yang sepatutnya berakhir pada 15 Disember 2010.

Kontraktor, Sejagat Bakti Sdn Bhd, didapati menyerahkan hospital berkenaan kepada Kementerian Kesihatan setahun selepas projek itu diberikan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), walaupun masih ada beberapa kerja-kerja yang tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.

“Sebagai contoh, empat lif bernilai RM2.03 juta yang direka dan dipasang tidak mengikut spesifikasi, yang akhirnya menyebabkan beberapa kesukaran untuk membawa katil ICU,” petik laporan itu.

Sijil CPC juga dikeluarkan walaupun bilik bedah dan unit rawatan rapi tidak boleh digunakan, kata laporan itu.

Pada masa yang sama, kerajaan juga telah gagal untuk mengenakan denda RM13.4 juta ke atas Sejagat Bakti sebagai ganti rug kerana mendapat sijil CPC, walaupun kerja tidak lengkap.

Isu-isu lain yang dibangkitkan termasuk percanggahan dalam pengurusan kontrak di antara Jabatan Kerja Raya dan Sejagat Bakti.

Sejagat Bakti menandatangani perjanjian kontrak dengan Jabatan Kerja Raya pada 16 Oktober, 2008, lapan bulan selepas mendapat surat tawaran.

Sejumlah peruntukkan bernilai RM801,700 diluluskan untuk perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan selepas sembilan bulan kontrak ditandatangani.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen