malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
4 pegawai kanan yayasan Islam peroleh RM2j setahun
ADS

NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendakwa empat individu dalam di sebuah yayasan naungan kerajaan memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata secara purata mereka didakwa memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.

Akmal mendakwa berkata dua daripada mereka adalah pengerusi dan timbalannya, manakala dua lagi adalah suami dan anak kepada orang besar di yayasan berkenaan.

"Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh pengerusi adalah RM73,000 sebulan.

"Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh timbalan pengerusi dan keluarganya yang telah dikenal pasti pula adalah sebanyak RM81,700.00 sebulan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.

Selain, yayasan itu juga dipantau oleh perdana menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Mampukah perdana menteri dan menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan, gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen