malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Gaya hidup mewah cukup jadi bukti rasuah'
ADS

Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mahkamah di negara ini menerima gaya hidup mewah seseorang individu sebagai bukti wujud elemen rasuah.

Katanya, gaya hidup seperti memiliki banyak kereta mewah contohnya, adalah petunjuk kepada rasuah tetapi mahkamah di negara tidak dapat menerimanya.

"Malangnya, jika anda pergi ke mahkamah undang-undang, bukti seperti itu tidak cukup. Mahkamah mahu lihat orang tampil ke depan dan berkata, dia mengambil wang daripada saya.

"Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.

"Jika ini yang berlaku, akan kuranglah peluang mereka di tempat tinggi untuk menjadi rasuah,” katanya pada ucaptamanya di simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, seseorang yang mengamalkan rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu.

Ini kerana katanya, "tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen