malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Umno nafi mahu bentuk k'jaan perpaduan di S'gor
Diterbitkan:  Nov 10, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 5:08 AM
ADS

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini menafikan dakwaan bahawa partinya dan PAS cuba membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu.
Malah, beliau turut mempersoalkan logik mengenai dakwaan yang dibuat bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.
"PAS mempunyai 15 ADUN manakala Umno hanya ada 12. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi (daripada 56) untuk membentuk kerajaan di Selangor," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Deepavali MIC di Batu Caves.
Selain itu, Noh berkata, sama ada parti Islam itu, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad pernah menghubunginya untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Ditanya lagi sama ada beliau mengetahui tentang cubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan, beliau berkata: "saya tidak tahu."
Sebelum ini, Husam mendakwa usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan berlaku buat pertama kalunya selepas pilihan raya umum 2008 dan terbaru pada PRU-13.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen