malaysiakini logo
story-image
ADS

Pembangkang sedia menyokong beberapa anggota parlimen Umno, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) sebagai perdana menteri.

Anggota parlimen PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun berkata langkah itu akan diambil asalkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Johari berkata demikian ketika mengulas isu berkaitan pembahagian kekayaan dengan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya sebanyak 40 peratus.

Wakil Sungai Petani itu berkata sehingga kini, Sabah cuma mendapat RM26.7 juta setahun sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Beliau mempersoalkan faktor penghalang untuk kerajaan persekutuan menyerahkan 40 peratus hasil kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri di bawah bayu itu.

"Berkali-kali (saya sebut), Sabah bukan (sahaja) salah satu daripada negeri di Malaysia, Sabah ialah sebahagian dan wilayah yang menyertai Malaya untuk menjadikan Malaysia.

"Sebab itu, saya amat meminta teman-teman daripada Sabah, Sarawak, ini masanya terbaik untuk teman-taman di sebelah sana, untuk minta daripada kerajaan persekutuan. Kita nak jatuhkan BN, tak apalah, kita tunggu pilihan raya umum.

"Tetapi teman-teman daripada Sabah dan Sarawak untuk kita tuntut, kita minta Pekan (Najib) letak jawatan. Kita boleh naikkan Pagoh (Muhyiddin), kita boleh naikkan Bagan Datoh (Datuk Seri Zahid Hamidi), atau naikkan Gua Musang (Tengku Razalegh Hamzah), boleh, tak ada masalah.

"Kita di sini adakan sokong... Tanjong Karang (Datuk Noh Omar) pun boleh, tak apa. Pasir Salak (Datuk Seri Tajuddin Rahma) pun tak ada, tak ada masalah asalkan Pekan letak jawatan.

“Sebagai penutup, bersama-samalah (dengan) rakyat, jangan bersama kami. Malaysia untuk mendesak Pekan letak jawatan," katanya disambut sorakan dan tepukan.

Jinjing kasut

Johari berkata demikian dalam Dewan Rakyat sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan atau Bajet 2016 petang ini.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu turut berkata sebagai seorang Muslim, menjadi tanggungjawabnya membangkitkan isu peruntukan itu demi kebaikan rakyat negeri itu.

"Kalau kita tengok di Tenom, saya pergi sendiri pergi ke Tenom, YB Tenom ada sini. Budak pergi sekolah menjinjing kasut (kalau hujan).

"Kita di sini, kalau hari hujan, budak kalau bas sekolah tak datang, bapa nak hantar dengan motosikal pun tak mahu naik, di Sabah, mereka jinjing kasut sejauh dua kilometer.

"Kita minta anak-anak Sabah bangun sebagai orang pintar. Tidak mungkin, tidak (mungkin) itu akan berlaku," katanya.

Lihat Komen