malaysiakini logo
story-image
ADS

Tun Dr Ling Liong Sik menyambut gesaan bekas ketuanya dalam kabinet, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya perdana menteri ketika ini meletakkan jawatan.

Kata bekas Presiden MCA itu, Datuk Seri Najib Razak harus berundur daripada jawatan perdana menteri kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.

"Saya bersetuju dengan Tun M (supaya Najib letak jawatan), sebab dia (Najib) ambil duit orang masuk dalam akaun peribadi dia," kata Ling di sidang media sempena Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak hari ini.

Mahathir atau lebih dikenali dengan panggilan Tun M ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Regency, Ipoh, Perak sebelum ini sekali lagi mendesak Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Itu tak patut

Tun M berkata Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin menyayangi posisi tersebut.

Tun M berkata lagi, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini " tidak disukai rakyat ."

Ling berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan desakan Dr Mahathir supaya Najib berundur daripada jawatan dipegangnya sekarang.

Menurut, Dr Liong, kehadirannya dalam himpunan BERSIH 4 di Perth, Australia pada hujung Ogos lalu juga adalah bagi tujuan sama.

“Saya hadir untuk menunjukkan dalam himpunan BERSIH sokongan kepada cadangan membuat undi tidak percaya terhadap Najib.

"Beliau mengambil duit orang dan memasukkannya ke akuan persendirian beliau. Saya rasa itu tidak patut,” tegas Dr Ling.

Najib terpalit dengan tuduhan kononnya menerima wang bernilai RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun persendiriannya.

Selepas menafikan dakwaan itu, kemudian orang ramai diberitahu wang berkenaan adalah derma daripada hartawan Timur Tengah.

Perdana menteri juga menafikan pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Lihat Komen