malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sah Kevin Morais
Diterbitkan:  Sep 16, 2015 5:39 AM
Dikemaskini: 5:41 AM
ADS

Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit pagi tadi adalah Kevin Morais - timbalan pendakwa raya yang hilang sejak minggu lalu.

Penemuan mayat itu dibuat selepas tujuh suspek ditahan dan seorang daripada mereka membawa polis ke sebatang sungai berhampiran Jalan Subang 3, Subang Jaya.

The Star Online memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek membawa polis ke kawasan berkenaan kira-kira jam 6 pagi tadi.

Katanya, penyelam digunakan untuk mengesan tong dram itu sebelum sebuah forklift digunakan untuk menariknya keluar dari sungai.

Mohmad berkata antara yang ditahan polis untuk membantu siastaan ialah seorang wanita dan kanak-kanak.

"Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kereta Morais diekori sebuah Mitsubishi Triton yang merempuh kereta rasmi kerajaan dinaiki mangsa," katanya.

Morais kemudian dilarikan menaiki kenderaan pacuan empat roda itu, manakala kereta mangsa dibawa individu lain.

Mohmad berkata mayat Morais dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kata Mohmad seorang daripada suspek adalah bekas pegawai perubatan angkatan tentera yang terbabit dalam kes rasuah dikendalikan Morais di Shah Alam baru-baru ini.

"Suspek direman 14 hari untuk membantu siasatan," katanya.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen