malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KPJ sedia 'baby hatch' tangani kes buang bayi
Diterbitkan:  Jun 23, 2015 8:30 AM
Dikemaskini: 2:09 AM
ADS

'Baby hatch' atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah meninggalkan bayi mereka dengan selamat, bertujuan mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin meningkat dan menyelamatkan bayi baru lahir yang tidak berdosa.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang Abd Aziz Abd Rahman berkata ramai yang masih membuang bayi ke dalam tong sampah, mangkuk tandas, longkang atau tandas walaupun 'baby hatch' disediakan.

Menurutnya, ramai yang masih tidak mengetahui tentang 'bayi hatch' yang disediakan dan disebabkan fobia serta panik dan mereka membuang bayi ke dalam tong sampah.

"Tujuan sebenar penyediaan 'baby hatch' ini adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa bayi", katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam.

Menurut Abd Aziz, 'baby hatch' dibuka di KPJ Pulau Pinang tahun lepas dan setakat ini belum ada yang meninggalkan bayi di situ, mungkin tidak mengetahui mengenai kemudahan yang disediakan itu.

Pada masa ini, sembilan KPJ menyediakan 'baby hatch' daripada 26 rangkaiannya iaitu di KPJ Tawakkal (Kuala Lumpur), KPJ Seremban, KPJ Ipoh, KPJ Johor, KPJ Kuantan, KPJ Pulau Pinang, KPJ Perdana (Kota Bharu), KPJ@Damai (Kota Kinabalu) dan KPJ Kuching.

Abd Aziz berkata tujuh bayi diselamatkan melalui 'baby hatch' di sembilan hospital KPJ sejak kemudahan itu dilancarkan pada 2010 oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan OrphanCARE.

Beliau berkata KPJ mengamalkan prosedur operasi standard untuk menguruskan peti pelindung bayi hasil kerjasama dengan OrphanCARE termasuk membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas laporan mengenai insiden dibuat kepada OrphanCARE.

Abd Aziz berkata bayi kemudian diserahkan kepada polis, OrphanCARE dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk seterusnya dijadikan anak angkat.

- Bernama

Lihat Komen