malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Ramai bakal didakwa kalau BN kalah
Diterbitkan:  Apr 12, 2015 8:48 AM
Dikemaskini: 8:51 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterus terang apabila mengakui bahawa jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang, ramai orang bakal dihadap ke mahkamah.

Beliau mengulas berhubung skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibimbanginya boleh menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itula ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya.

"Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, (dan) kita kalah, parti lawan tak ada simpati.

"Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah.

"Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar," kata Dr Mahathir dalam satu video klip temubual yang dimuatnaik dalam Youtube semalam.

Wawancara lima bahagian yang dimuatnaik sejak 10 April lalu oleh seorang penulis blog yang dikenali sebagai Din Turtle, yang mendakwa merakamnya dalam satu majlis melibat blogger pada hari tersebut.

[Baca berita asal]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen