malaysiakini logo
story-image
ADS

Kerajaan Pulau Pinang tidak bercadang mengambil tindakan kepada penganjur program pengambilan anjing terbiar yang turut disertai oleh orang Islam.

Dalam program Ahad lalu, orang Islam yang terbabit turut menyentuh anjing dan foto seorang wanita bertudung mendukung anjing menjadi isu.

Exco hal-ehwal agama negeri Datuk Abdul Malik Kassim berkata tindakan juga tidak akan diambil terhadap wanita bertudung itu.

"Islam adalah universal, agama kita mengajar kasih sayang bukan sahaja kepada manusia tetapi haiwan dan alam sekitar.

"Dalam Islam, ia dikenali sebagai Rahmatan Lil Alamin. Dalam Islam terdapat garis panduan yang jelas bagaimana untuk melakukannya," kata ADUN PKR Batu Maung itu kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam respons terhadap epada kenyataan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim yang menggesa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAINPP) menyiasat program itu anjuran Save Our Strays (SOS) bersama pelajar kolej Han Chiang.

Sementara itu, ketua eksekutif koleh Han Chiang Chow Yong Neng pula berkata, program pengambilan anjing terbiar yang diadakan pada 4 hingga 8 Mac itu merupakan sebahagian daripada aktiviti luar kurikulum dan termasuk dalam tugasan pelajar.

Menurut Chiang, objektif utama program itu adalah untuk menggalakan orang bukan Islam mengambil haiwan terbiar bagi mengurangkan bilangan anjing terbiar.

"Semasa program itu, sebanyak 10 ekor anjing terbiar telah diambil untuk dijaga," kata Chiang.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen