malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Islamisasi pinggir bukan Islam dari SK'
ADS

MP DAP, Zairil Khir Johari mendakwa agenda agama dan Islamisasi di sekolah kebangsaan menyebabkan ramai ibu bapa bukan Islam tidak minat menghantar anak mereka ke sekolah itu.

Katanya, ia berbeza dengan keadaan pada masa dahulu, di mana terdapat kira-kira 30 peratus pelajar bukan Melayu di sekolah kerajaan.

Peratusan bukan Melayu kini merosot kepada sekitar dua hingga tiga peratus sahaja, katanya yang turut mengaitkan dengan mutu pendidikan di sekolah kebangsaan.

"Islamisasi yang meluas dan agenda agama sejak 20 sehingga 30 tahun lepas menakutkan ibu bapa," kata Zairil.

Namun, beliau melihat keputusan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka sama ada ke sekolah kebangsaan atau vernakular adalah pilihan peribadi.

Beliau berkata demikian pada majlis Debat Agung Sejarah Warisan Malaysia anjuran Suruhanjaya Tinggi British di Pulau Pinang, semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen