BERITA

NGO Melayu mahu Tan disiasat kerana hasutan

Nigel Aw

20 Okt 2014, 3:41 pagi

Dikemaskini 6 tahun lepas

A
+
A
-

Kumpulan pertubuhan Melayu berang dengan desakan seorang perwakilan Gerakan supaya pemimpin Umno berhenti membuat kenyataan mengenai "pendatang" kerana menurutnya, orang Melayu juga adalah pendatang.

Sebuah gabungan 82 kumpulan Melayu-Muslim - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata presiden Gerakan harus memecat perwakilan Tan Lai Soon kerana membuat komen tersebut dalam mesyuarat agung tahunan parti itu di Setia Alam semalam.

Timbalan Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya yang mengetuai delegasi ke Ibupejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini, menuntut supaya Tan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Bersama dengan oleh NGO lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pejuang Islam Melayu Malaysia (Pewaris), mereka membuat sekurang-kurangnya tiga laporan polis terhadap ahli Gerakan itu.

Aminuddin berkata mereka menuntut presiden Gerakan, memecat ahli yang membuat kenyataan agar konsisten dengan janjinya bahwa beliau akan memecat mana-mana ahli yang membuat kenyataan perkauman.

"Kami, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengutuk keras kenyataan yang berbentuk menghasut untuk menimbulkan situasi yang tegang dan mencetus kemarahan orang Melayu.

"Secara tidak langsung ia juga menghina kedudukan kesultanan Raja-raja Melayu," laporan polis Aminuddin dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Aminuddin mendesak Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong memecat keahlian Tan.

Mereka juga, tegasnya, mahu pihak berkuasa untuk menyiasat dan Peguam Negara mendakwa Tan Lai Soon di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, R akyat Post melaporkan Tan meminta maaf atas kenyataannya semalam.

Tan dilaporkan berkata beliau amat menyesal dan menurutnya, beliau bermaksud untuk mengatakan bahawa tidak seorang pun rakyat Malaysia yang harus dipanggil sebagai 'pendatang', kerana mereka semua adalah rakyat Malaysia

[Baca berita penuh/asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen