malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Marah MB, Latheefa disindir 'datang bulan'
Diterbitkan:  Jul 27, 2014 9:14 AM
Dikemaskini: 9:42 AM
ADS

Pemimpin lantang PKR Latheefa Koya dikesan melancarkan serangan keras terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu ditukar parti itu dengan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun, serangannya itu hanya disindir mudah oleh setiausaha akhbar kepada menteri besar Arfa'eza Abdul Aziz sebagai “ lawyer datang bulan”.

“Cuba tanya lawyer (peguam) datang bulan itu berapa Selangor contribute (sumbang) kepada NGO dia?” tulis Arfa'eza ( kiri ) di Facebool seperti dilampir dalam gambar print screen yang sempat dirakam Latheefa.

Arfa'eza dipercayai merujuk kepada kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) yang Latheefa antara pengasas bersamanya.

Latheefa sebelum itu antaranya menyelar pihak “sosialis” yang didakwanya menyokong “kapitalis macam MB”.

“MB ini tak pernah ada agenda untuk rakyat miskin - tau - masalah rumah peneroka dan tanah orang miskin tak selesai-selesai tapi hangpa (kamu) semua masih sokong.

Claim to be BERSIH supporters konon, tetapi MB tak pernah bantu BERSIH. Setakat bayar untuk duit jamin ada kot, lepas itu minta balik duit lepas kes,” tulisnya di Facebook.

Lihat Komen