BERITA

PPMM dakwa presiden Majlis Peguam hina hakim

11 7月 2014, 7:50 早上

Dikemaskini 6 tahun lepas

A
+
A
-

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong menghina hakim Mahkamah Persekutuan dengan menganggap semua mereka yang menolak keperluan mendapatkan persetujuan kedua ibu bapa dalam penukaran agama anak bawah umur sebagai "obtuse", yang menurut Persatuan Peguam Muslim Malaysa (PPMM), bermaksud "lembap".

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kiri) berkata, dalam keputusan Mahkamah Persekutuan pada bulan Disember 2007, sekurang-kurangnya dua hakim membuat keputusan yang memihak kepada penukaran agama sepihak.

Katanya, dalam kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray itu, perkataan 'ibu bapa' dalam Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan telah diambil untuk bermaksud sama ada ibu atau bapa, dan bukan kedua ibu bapa.

Penghakiman itu telah diumumkan oleh Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Datuk Azmel Haji Maamor.

Beliau merujuk kepada kenyataan Leong bulan lalu bahawa Perkara 12 (4), yang perlu dibaca dengan Perkara 160 dan Jadual Kesebelas Perlembagaan,

adalah jelas bahawa persetujuan kedua ibu bapa diperlukan untuk menentukan agama kanak-kanak bahawa umur dan mereka yang ragu-ragu mengenainya sama ada tidak faham atau "Obtuse" (lembap).

Leong juga menggesa kerajaan mengambil usaha baru bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 supaya kedudukan itu menjadi jelas.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.