malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis rakam kenyataan seminar anti-Kristian
Diterbitkan:  May 17, 2014 1:49 PM
Dikemaskini: Feb 9, 2015 2:27 PM
ADS

Seorang pensyarah dan aktivis sastera Uthaya Sankar dirakam kenyataannya semalam oleh polis Shah Alam berhubung seminar anti-Kristian yang dianjurkan Universiti Teknologi Mara, pada 6 Mei lalu.

P ensyarah Perzeus James dan Uthaya (kiri) tiba di ibu pejabat polis daerah sekitar jam 3 petang bersama 13 keratan akhbar dan rencana, dan buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor berjudul “Pendedahan Agenda Kristian" sebagai bukti.

Rakaman percakapan Perzeus diambil terlebih dahulu selepas beliau membuat laporan dan kemudian diikuti oleh rakaman percakapan Uthaya.

Kedua-dua mereka membuat laporan polis berasingan terhadap seminar

itu.

"Kami bawa bersama laporan-laporan berita dan buku sebagai bukti.

"Polis mengambil masa selama sejam setengah untuk merakam percakapan Perzeus dan saya kemudiannya memberi keterangan selama lebih sejam," kata Uthaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen