malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Australia siasat objek di perairannya
Diterbitkan:  Mar 20, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 12:18 PM
ADS

Pasukan Austalia menjalankan operasi memeriksa kawasan di kawasan selatan Lautan Hindi selepas satelitnya mengesan dua objek yang disyaki sebagai bahagian kapal terbang di lokasi tersebut.

Pihak berkuasa maritim Austalia menyebut, menyatakan ada di antara objek berkenaan dikesan sepanjang 24 meter.

Ia dikesan pada kedudukan 2,500 kilometer dari barat daya Perth di pantai barat negara itu, kata pengurus besar badan tersebut John Young dalam sidang media yang diikuti melalui Internet.

Ditanya sekiranya objek tersebut kelihatan seperti bahagian kapal terbang, Young berkaata: "Apa yang kita cari ialah pengesahan bahawa ia milik pesawat itu atau tidak".

Ditanya sekiranya bahagian seperti tingkap pesawat kelihatan, Young berkata: "Pengimejan tersebut tidak jitu sehingga tahap itu."

Objek tersebut dipenuhi air dan kelihatan tenggelam timbul, katanya.

Tambahnya, keadaan cuaca kini sederhana tetapi tahap penglihatan yang rendah mungkin menjejaskan pencarian dari udara dan satelit.

Terdahulu, perdana menterinya Tony Abbott yang berucap di parlimen negara itu pesawat Orion milik Australia dikerah ke kawasan tersebut untuk mengesan objek berkenaan, lapor laman BBC .

"The Australian Maritime Safety Authority menerima maklumat berdasarkan maklumat satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Susulan analisis oleh pakar ke atas imej satelit ini, dua objek berkaitan pencarian tersebut dikenalpasi,” katanya sepeti dipetik dalam laporan tersebut.

Kawasan di selatan Lautan Hindi merupakan salah satu daripada dua zon yang menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat selepas penyiasat mendapati pesawat MH370 sengaja dilencongkan dari laluan asal.

Katanya, beliau mengumumkan perkara itu di parlimen hari ini walau penemuan tersebut mungkin tiada kaitan dengan pencarian MH370.

“Saya ingin maklumkan kepada dewan – dan kita perlu sentiasa ingat – usaha mengesan objek ini amat sukar dan mungkin akhirnya ia tiada kaitan dengan penerbangan MH370.

"Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada dewan mengenai perkembangan yang mungkin penting ini,” katanya seperti dipetik laporan The Guardian .

Sementara itu, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan tersebut dianggap sebagai petunjuk baru bagi operasi mencari dan menyelamat ke atas pesawat membawa 239 orang itu.

“Saya boleh sahkan kita ada petunjuk baru... dan saya akan bertemu perwakilan Australia sekarang,” katanya seperti dipetik agensi berita Reuters.

Sementara itu, laporan BBC menyebut suasana di sebuah pengkalan udara di Perth sibuk dengan perlepasan pesawat mencari dan menyelamat ke kawasan operasi.

Sementara itu, satu laporan Sydney Morning Herald langsung menyebut operasi pencarian di kawasan operasi hari ini tidak membuahkan hasil.

Namun, ia akan diteruskan sehingga tengah malam waktu Australia (9 malam waktu Malaysia), laporan itu dipetik.

Operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 masuk hari ke-13 hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!