BERITA

Chua: Mahathir jadikan Umno kuat, BN lemah

3 2月 2014, 10:54 上午

Dikemaskini 7 tahun lepas

A
+
A
-

Bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir menjadikan Umno semakin kuat, dan pada masa sama menjadikan sekutu Umno dalam BN "tidak berkuasa".

Menurutnya, kerusi parlimen Melayu bertambah sejak tiga pilihan raya umum lalu, dan ini mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat Cina.

"Orang Cina secara umumnya risau kerajaan Melayu yang terlalu kuat akan menceroboh status serta hak ekonomi dan politik mereka," kata Chua dalam kenyataannya hari ini.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaannya yang lemah membuatkan orang Cina lebih risau dan hilang keyakinan kepada kerajaan," katanya lagi.

Bekas menteri kesihatan itu turut menjelaskan yang sebarang keputusan Majlis Tertinggi Umno kini diguna pakai sebagai keputusan Kabinet sehingga menyebabkan kesan buruk ke atas sekutu Umno dalam BN.

"Saya pernah sebut dalam Konvensyen BN sebelum ini yang bagi orang ramai, Umno adalah taiko (abang besar) dan jika ia menjadi angkuh dan bersifat diktator, ia akan menyebabkan kesan buruk kepada parti-parti komponen," kata Chua.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.