malaysiakini logo
story-image
ADS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan kolumnis kontroversi Ridhuan Tee Abdullah hari ini sama-sama menjadi sasaran kritikan daripada kumpulan NGO wanita.

Aktivis hak-hak wanita beranggapan, kenyataan kedua-dua mereka dalam isu berbeza, menghilangkan rasa hormat dan "seksis".

ivy josiah interview 051208 3 Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah ( kiri ) berkata, "musim bodoh untuk komen seksis" hanya menunjukkan betapa sukarnya bagi ahli politik wanita untuk mendapat penghormatan.

"Ejekan dan komen seksis sebegini tidak menghormati wanita. Ia hanya menunjukkan betapa sukarnya untuk wanita dalam politik untuk merentasi seksisme."

"Jantina kita sebagai wanita bukan kelemahan dan peranan kita tidak kurang pentingnya. Ahli politik wanita daripada kedua-dua belah harus tampil bersama dan menuntut supaya seksisme dihentikan," katanya kepada Malaysiakini .

Semalam, Lim yang juga setiausaha agung DAP, menggelar ketua pembangkang Pulau Pinang Jahara Hamid sebagai "nenek rasis" selepas beliau mempersoalkan tindakan terpilih berasaskan kaum terhadap perniagaan haram.

Ridhuan pula dilaporkan menggelar anggota Parlimen Seputeh dariapda DAP Teresa Kok sebagai "andartu ultra-kiasu selepas mendakwa beliau mengajar tentang "pembersihan etnik" kepada pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kok sebelum itu membangkitkan dakwaan Ridhuan memplagiat tulisan ahli akademik lain.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!