malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Yuktes lapor polis berhubung penafian Anwar
Diterbitkan:  Nov 21, 2013 7:28 AM
Dikemaskini: 7:30 AM

Bekas pembantu peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay hari ini berkata penafian ketua pembangkang berhubung kemasukan 40,000 rakyat Bangladesh pada pilihan raya umum ke-13 lepas adalah mengelirukan rakyat.

    

Sehubungan itu, Yuktes membuat laporan polis di Balai Polis Travers di ibunegara hari ini berhubung penafian yang dibuat Anwar di Dewan Rakyat semalam.

    

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, beliau berkata laporan itu dibuat kerana beliau merasakan terdapat unsur-unsur muslihat yang boleh menggugat ketenteraman dan keamanan negara.

    

Yuktes mendakwa pada 3 Mei lepas, Anwar mengeluarkan kenyataan yang menuduh kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh sebagai pengundi haram pada pilihan raya umum lepas.

    

Namun, di Parlimen semalam, Anwar menafikan beliau mengeluarkan kenyataan itu, katanya.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :