malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isa Samad: Felda Investment Corp yang beli hotel
ADS

VIDEO l 1:31 minit

Pengerusi Felda Global Venture Holdings (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempertahankan pembelian hotel di London oleh Felda yang menurutnya tidak bertentangan dengan perniagaan teras syarikat perladangan itu.

Katanya, Felda membeli hartanah Grand Plaza Service Apartments bernilai £115 juta (RM586.5juta) itu melalui sayap pelaburannya Felda Investment Corporation, yang telah melabur dalam lapan buah hotel sebelum ini.

isa samad interview 150509"Hotel ini bukan satu perkara luar biasa, pembangkang tak berapa faham, sebelum ini kita dah beli lapan hotel.

"Pembangkang dah buat silap dakwaan mengatakan Felda Global Venture yang beli, berlawanan dengan bisnes kita yang disebut dalam Parlimen.

"Tetapi, sebenarnya yang beli bukan Felda Global Venture, yang beli Lembaga Felda menerusi Felda Investment Corporation," jelasnya pada sidang media selepas majlis pemberian bantuan Yayasan Felda kepada pengundi di Sungai Limau pagi tadi.

Mengulas mengenai perbezaan harga hartanah berkenaan, seperti yang dibangkitkan DAP, Isa berkata harga £98 juta yang dibayar adalah harga pasaran.

Harga £80 juta (RM408.5 juta) yang disebut oleh DAP itu adalah harga hartanah tersebut pada enam bulan lalu, katanya.

"Harganya harga pasaran yang telah kita beli sepanjang ini pun..ada (hotel) harga murah ada harga mahal," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga MP Bagan, Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata jurunilai hartanah London menganggarkankan hotel tersebut hanya berharga £80 juta enam tahun lalu.