malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Penduduk mahu penjajaran semula laluan SUKE
ADS

Penduduk dari empat kawasan perumahan di Cheras menggesa pihak berkuasa supaya menjajarkan semula laluan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) untuk mengelakkan kawasan padat penduduk.

Berdasarkan penjajaran sekarang, SUKE akan merentasi Bukit Mandarina, Alam Damai, Taman Len Sen dan Taman Bukit Cheras, di mana Kumpulan Bertindak Tak Nak SUKE mendakwa akan menjejaskan kehidupan penduduk di situ.

NONE"Cadangan penjajaran sekarang merentasi kawasan padat penduduk serta sekolah, hospital, entiti agama dan komersil.

"Ia akan menjejaskan kawasan-kawasan tersebut dari segi kesan alam sekitar seperti asap, pencemaran, bunyi bising, gegaran, kawasan hijau, saliran air dan banjir," kata wakil kumpulan tersebut, Fraddy Ong (kiri) yang juga seorang penduduk Bukit Mandarina.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, kumpulan itu sebaliknya menggesa syarikat konsesi projek SUKE - Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) - supaya membinanya di atas Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang sedia ada (Salak Expressway).

SUKE sepanjang 31.8km itu akan mempunyai tiga lorong dua hala yang akan menghubungkan Sri Petaling ke Ulu Kelang melalui Cheras, yang direka untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di sepanjang

Jalan Lingkaran Tengah 2.

Ong memberi amaran bahawa selain daripada isu-isu kesihatan dan sosial, SUKE juga akan menurunkan nilai hartanah di sekitar penjajarannya.

"Kebajikan rakyat mesti didahulukan sebelum keuntungan lebuh raya SUKE. Kami mempunyai hak untuk menentang SUKE daripada melalui dekat rumah kami," katanya

Kumpulan itu juga mendapati sukar untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang berkuasa.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang laporan "pandangan kedua" yang diterbitkan pada bulan Mei dan disediakan oleh perunding bagi pihak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu untuk mendengar bantahan mereka.

Ong berkata laporan itu tidak mengandungi sebarang maklum balas daripada penduduk ataupun mereka ditemubual oleh perunding.

"Laporan itu berat sebelah. Ia kelihatan seperti kompilasi maklumat Prolintas mengenai SUKE. Kita tidak boleh menerimanya," kata Ong.

Kumpulan ini juga sudah dua kali menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak November lalu meminta beliau campurtangan dalam isu jajaran SUKE, tetapi mereka belum menerima sebarang jawapan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!