BERITA

Bekas ahli perniagaan gugur saman terhadap Zahid

Hafiz Yatim

18 Jul 2013, 8:33 am

Dikemaskini 7 tahun lepas

A
+
A
-

Bekas ahli perniagaan, Ahmad Bazli Abdullah telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan gantirugi terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam saman yang difailkannya pada 4 Julai 2007 untuk menuntut gantirugi itu, Amir Bazli, 42, mendakwa pada 16 Januari 2006, Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang hingga menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya bengkak.

Ahmad Zahid juga bersetuju untuk menarik balik tuntutan balas ke atas Ahmad Bazli.

Persetujuan berhubung perkara itu dicapai selepas kedua-dua pihak bertemu dalam proses pengantaraan yang berlangsung selama lebih satu jam di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ahmad Zahid diwakili peguam Shamsul Bahrain manakala Karpal Singh mewakili Ahmad Bazli.

Ahmad Bazli memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid pada tahun 2007.

Bulan lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes itu dibicarakan selepas ia enggan memberikan kebenaran untuk mendengar rayuan Ahmad Zahid untuk membatalkan saman itu.

[Baca berita Penuh]