malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas pemimpin DAP tak bersama Tunku Aziz
ADS

Empat bekas anggota DAP yang disebut dalam ceramah anti-DAP di Pulau Pinang minggu lalu menyuarakan rasa kesal apabila nama mereka turut dikaitkan dalam kempen untuk memburukkan parti itu.

Sebaliknya, Gooi Hock Seng, Teoh Teik Huat, Goh Kheng Huat and Ong Hock Aun walaupun sudah menyertai PKR, tetap kekal mesra dengan rakan mereka dalam DAP.

penang anti dap forum 220912 04 Gooi, pengamal undang-undang, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan penceramah, termasuk bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengalu-alukan 'kehadirannya' walaupun beliau tidak berada di situ.

"Dia kena buat kerja rumah, tidak semua bekas anggota DAP berkelakuan sepertinya. Perbezaan saya dengan DAP hanya berhubung masalah peribadi," kata Gooi.

Gooi yang juga bekas timbalan ketua DAP sehingga 1998 menafikan beliau anti parti itu. Sebaliknya, tambahnya, beliau masih mempunyai hubungan mesra dengan banyak anggota DAP.

Mungkin Tunku Aziz tidak sedar bahawa beliau sudah menjadi anggota PKR sejak tahun 2000 lagi, sindir Gooi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!